Lestari takrifnya menurut Kamus Dewan edisi yang keempat adalah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Yakni apabila membincangkan hal melestarikan maka membawa maksud menetapkan dan mengekalkan sebagai contoh hutan. Sementara kelestarian itu sendiri merujuk kepada keadaan sebagai contoh hutan, persekitaran dan lain-lain yang tidak berubah atau terpelihara. Akhir sekali kata pelestarian pula membawa maksud perlindungan daripada kemusnahan.
Pengenalan kepada pembangunan lestari bagi negara Malaysia adalah pada tahun 1973. Pada tahun ini Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Walau bagaimanapun, kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) pada tahun 1976.
Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan usaha untuk menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.
Objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T.Memelihara dan memantau alam sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.